Friday, May 1, 2009

PERKARA YANG MERAGUKAN DALAM KURSUS ESQ 1

ASPEK AQIDAH

1. MENAFIKAN EKSKLUSIVISME ISLAM

ARY GINANJAR SERTA PARA MODERATOR LAIN YANG MENGENDALIKAN KURSUS INI SERING MENGINGATKAN BAHAWA ESQ BUKAN SEBUAH LEMBAGA DAKWAH ATAU SEBAGAI KEGIATAN DAKWAH,

WALAUPUN KURSUS YANG DISELENGGARAKAN TIDAK TERLEPAS DARIPADA MENYEBUT AYAT-AYAT AL-QUR'AN, HADITH-HADITH NABI SAW, KISAH-KISAH PARA NABI SERTA PENJELASAN TERHADAP IMAN, ISLAM DAN EHSAN

PARA MODERATOR JUGA MENEGASKAN BAHAWA PENGGUNAAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN SERTA HADITH DALAM KURSUS TERSEBUT ADALAH BERSIFAT RUJUKAN SEMATA-MATA MEMANDANGKAN PENGASAS KURSUS INI BERAGAMA ISLAM.

OLEH ITU, BAGI PARA PENGANUT AGAMA LAIN YANG MENYERTAI KURSUS TERSEBUT PERLU MENYESUAIKANNYA DENGAN AGAMA MASING-MASING

ARY MENYEBUT DALAM BUKUNYA:-



JIKA DALAM BUKU INI ADA RUKUN IMAN, RUKUN ISLAM DAN IHSAN, BUKAN BERERTI EKSKLUSIVISME ALIRAN ATAU AGAMA

PENGGUNAAN NAS-NAS ISLAM DALAM BAB YANG BERKAITAN DENGAN AQIDAH & SYARIAH SUDAH TENTU MENYENTUH EKSKLUSIVISME ISLAM

OLEH ITU MENJADIKAN IA SESUATU YANG “TERBUKA” SEHINGGA BOLEH DITERAP @ DIAMAL PENGANUT AGAMA LAIN TANPA PERLU MENUKAR AGAMA ADALAH SESUATU YANG AMAT MENGELIRUKAN.



No comments:

Post a Comment