Sunday, May 3, 2009

Keraguan - ASPEK SYARIAH 2

2. SUJUD SYUKUR TANPA MENGIKUT HUKUM SYARA


PADA SALAH SATU SESI, KETIKA PARA PESERTA SELESAI MENDENGAR PENJELASAN BERKENAAN PRINSIP ESQ, PARA MODERATOR MENGAJAK SELURUH PESERTA SAMA-SAMA BERSUJUD, SEBAGAI TANDA SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA TELAH DIBERI KESEDARAN DAN KEINSAFAN.


SUJUD INI DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PESERTA BUKAN ISLAM KETIKA RAMAI DI KALANGAN PESERTA SEDANG BERADA DALAM EMOSI SEDIH, SEBAK DAN MENANGIS.


SUJUD INI DILAKUKAN TANPA MENGIRA BERWUDU’ @ TIDAK, UZUR SYAR’I @ TIDAK


TIDAK DIKETAHUI SAMA ADA SUJUD YANG DILAKUKAN INI BENAR-BENAR SUJUD SYUKUR @ SEKADAR ALAT OLEH MODERATOR UNTUK MEMAINKAN EMOSI PESERTA.



ULASAN


MENURUT MAZHAB SYAFI’I, SUJUD SYUKUR PERLU DALAM KEADAAN BERSUCI (WUDUK), MENGHADAP KIBLAT DAN MENUTUP AURAT. DI SAMPING ITU, SUJUD INI JUGA DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PESERTA BUKAN ISLAM SEDANGKAN MEREKA BUKAN AHLI IBADAH.


3. SIMULASI DENGAN MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN HAJI


PADA SESI AKHIR KURSUS, IAITU KETIKA MENJELASKAN TENTANG RUKUN ISLAM YANG KELIMA, MENUNAIKAN HAJI (YANG DITAFSIRKAN SEBAGAI TOTAL ACTION), PARA PESERTA AKAN DIMINTA UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN HAJI IAITU MELONTAR TIGA JAMRAH, TAWAF DI KA’BAH DAN SA’I ANTARA SAFA DAN MARWAH


MODERATOR AKAN MENJELASKAN PERBUATAN-PERBUATAN INI DILAKUKAN BUKAN UNTUK MERUJUK KEPADA AMALAN RITUAL FARDHU HAJI, SEBALIKNYA IA SATU SIMULASI UNTUK MENGAMBIL PENGAJARAN DI SEBALIK PERLAKUAN HAJI. OLEH ITU, PARA PESERTA BUKAN ISLAM TIDAK PERLU GUSAR DAN MEREKA JUGA DIMINTA UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN TERSEBUT BERSAMA-SAMA DENGAN PESERTA MUSLIM.


ULASAN


MODERATOR MEMAKLUMKAN KEPADA PARA PESERTA TERUTAMANYA BUKAN ISLAM, BAHAWA PERBUATAN HAJI YANG DILAKUKAN BUKAN MERUJUK KEPADA RITUAL HAJI TETAPI SEKADAR SIMULASI UNTUK MENGAMBIL NILAI-NILAI BAIK DI SEBALIK IBADAH HAJI.


PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH ESQ INI DIBIMBANGI AKAN MELUNTURKAN KEFAHAMAN UMAT ISLAM BAHAWA HAJI TERMASUK KE DALAM JENIS IBADAH MAHDHAH. IAITU IBADAH YANG MEMERLUKAN NIAT KHUSUS KERANA ALLAH SWT DAN BUKAN SEMATA-MATA KERANA HIKMAH YANG WUJUD DI SEBALIKNYA.

No comments:

Post a Comment