Saturday, May 2, 2009

Keraguan -Aspek Aqidah 3

3. MENCAPAI KESEDARAN ROHANI MELALUI SUARA HATI


SUARA HATI TERDAPAT PADA KESELURUHAN MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN IANYA BERSIFAT UNIVERSAL. MANAKALA SOFTWARE BAGI SUARA HATI ITU IALAH NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH SWT. SUARA HATI INI WUJUD APABILA ALLAH SWT MENIUPKAN KE DALAM DIRI SETIAP MANUSIA RUH CIPTAAN-NYA. MAKA SUARA HATI IALAH KUNCI SPIRITUAL.

MENDAKWA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PEMIMPIN YANG PALING KUAT BERPEGANG KEPADA SUARA HATI DAN LOGIK AKAL

MENDAKWA SOLAT ADALAH TUNTUTAN SUARA HATI & BUKANLAH UNTUK ALLAH NAMUN UNTUK KEPENTINGAN MANUSIA ITU SENDIRI



ULASAN

TAFSIRAN MAKNA ‘FITRAH’ DENGAN ‘SUARA HATI’ ADALAH MENYALAHI PARA ULAMA YANG MENAFSIRKANNYA DENGAN MAKNA ‘AGAMA ISLAM’

IA BERSESUAIAN DGN SABDA RASULULLAH SAW: “SETIAP BAYI DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH (SUCI DAN BERSIH). MAKA, KEDUA IBU BAPANYA YANG MENJADIKAN ANAKNYA SEBAGAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI.”

MENJELASKAN HADITH INI, IMAM NAWAWI BERPENDAPAT PANDANGAN PALING SAHIH IALAH SETIAP BAYI YANG LAHIR DIBERI KECENDERUNGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MENERIMA ISLAM

SYIEKH ‘ATIYYAH SAQR KETIKA MENJAWAB BERKENAAN DENGAN HADITH MEMOHON FATWA DARIPADA HATI TELAH MENJELASKAN BAHAWA IA TERBATAS KEPADA HATI YANG TERDIDIK DI ATAS DIDIKAN YANG BAIK, TETAPI SEKIRANYA TIDAK MAKA HATI TIDAK MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU PERKARA

BERFATWA DENGAN HATI JUGA BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN BERPEGANG KPD AL-QUR’AN DAN AL-HADITH. IMAM AL-QURTUBI MENJELASKAN PERKARA INI SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KPD GOL. SUFÍ MELAMPAU YANG GEMAR MENGAMBIL HUKUM HANYA BERDASARKAN HATI


No comments:

Post a Comment