Sunday, May 3, 2009

Keraguan - Aspek Aqidah 5

5. KEKUATAN LUAR BIASA SEPERTI MUKJIZAT, KARAMAH @ MAUNAH BOLEH BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP


DALAM SATU SESI, ESQ MEMBAWA KISAH SEORANG KAPTEN KAPAL TERBANG YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN PESAWATNYA.

KETIKA DI UDARA. KAPTEN TERSEBUT DENGAN TENANG TELAH MENYERAHKAN DIRI DAN PENUMPANGNYA KEPADA ALLAH SWT.

AKHIRNYA DENGAN TENANG PESAWAT ITU BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT. KISAH INI JUGA DIKIASKAN DENGAN KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN DARIPADA KEZALIMAN FIR’AUN MELALUI LAUT YANG TERBELAH. PERKARA INI DIDAKWA BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP BERIKUT:-

RUMUS ZMP (ZERO MIND PROCESS):

T = R ATAU 1 =

A 0

KETERANGAN:

T = TAUHID (PRINSIP TAUHID)

A = ABDI ALLAH

R = RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

ERTINYA: APABILA DIMASUKKAN NO. 1 PADA T, DAN NO. 0 (NOL) PADA A, MAKA NILAI R MENDEKATI TAK TERHINGGA”.

NO. 1 APABILA DIBAHAGI NOL HASILNYA HAMPIR MENDEKATI TAK TERHINGGA.

ERTINYA, APABILA KITA MENUHANKAN ALLAH YANG SATU (T) & MELETAKKAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DENGAN MEN”ZERO”KAN DIRI KEPADA-NYA. ALLAH AKAN MENOLONG KITA DENGAN KEKUATAN-NYA YANG LUAR BIASA.

PENJELASAN ARY GINANJAR (PENGASAS ESQ) TENTANG RUMUS ZMP

ARY MENJELASKAN RUMUS ZMP DAPAT DILIHAT PADA KISAH KAP. ABD. RAZAK & KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN ALLAH DARI FIRAUN


Ulasan

PERKARA LUAR BIASA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ESQ INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEBAGAI KARAMAH ATAU MA’UNAH.

MENURUT AQIDAH ISLAM, KARAMAH DAN MA’UNAH ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT DAN TIDAK MEMILIKI RUMUSAN KHUSUS SEPERTI MANA YANG CUBA DIPAPARKAN OLEH ESQ MELALUI RUMUS ZMP.

RUMUSAN INI AKAN MEMBAWA FAHAMAN BAHAWA SEMUA PERKARA-PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU SAMA ADA KEPADA PARA NABI ATAU WALI BOLEH DILAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA MELALUI RUMUS ZMP.

No comments:

Post a Comment