KAJIAN INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA[1]
82. Kajian pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terhadap ESQ Leadership Center berpendapat kursus ESQ tidak sesuai dilaksanakan di kalangan masyarakat umum berdasarkan penemuan-penemuan berikut:-
a) Pendekatan menggunakan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran al-Qur’an tidak sesuai kepada umat Islam tetapi hanya sesuai buat bukan Islam dan golongan tidak mendapat pendedahan agama.
b) Pendekatan meluahkan rasa hati secara histerikal, khususnya ketika memohon ampun kepada Allah di khalayak ramai.
c) ESQ sebagai satu kursus penyucian diri dengan kenyataan moderator ESQ, ”Pada hari ini, kamu telah dimuliakan sama seperti para Nabi dan orang-orang yang mulia”. Ia mirip dengan konsep agama Kristian.
d) Muzik latar yang sentiasa digunakan walaupun ketika berdoa, bersujud dan membaca al-Fatihah.
e) Terdapat percampuran antara aktiviti keagamaan dan hiburan.
f) Terdapat ciri-ciri ketaksuban alumni ESQ terhadap Ary Ginanjar, ia dibimbangi melahirkan kumpulan seperti al-Arqam.
g) Terdapat ciri-ciri Batiniah dalam takwilan yang dibuat ke atas rukun Iman, Islam dan Ihsan demi menyesuaikannya dengan kehendak Barat.
h) Terjemahan ke atas Nama-nama dan Sifat-sifat Allah diterjemahkan dengan terjemahan yang longgar dan tidak tepat serta tidak mengambil manfaat daripada tafsiran Nama-nama dan Sifat-sifat Allah daripada para ulama mu’tabar.
i) Ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadith digunakan menurut faham dan kehendak moderator ESQ secara semberono ketika mereka cuba mengupas teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana Barat.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTolong nyatakan dari mana saudara dapat maklumat ini, supaya tidak menjadi satu bentuk fitnah. Sila kenalkan diri saudara sekiranya saudara benar-benar di pihak benar, dan berjuang untuk dakwah Islamiyah.