2. MENCAPAI KEBENARAN MELALUI PENCARIAN (TERMASUK PARA NABI TANPA MENYEBUT PERANAN WAHYU)
MENDAKWA MANUSIA MAMPU MENEMUI KEBENARAN DENGAN PENCARIAN SEBAGAIMANA BERLAKU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, NABI IBRAHIM AS DAN NABI MUSA AS. NABI MUHAMMAD MENCARI DI GUA HIRA’, NABI IBRAHIM PULA MENCARI MAKNA DIRI DI SEBALIK BINTANG, BULAN DAN MATAHARI. MANAKALA NABI MUSA MENCARI SELAMA 40 HARI DI GUNUNG THUR SAINA’
PENGASAS ESQ, ARY GINANJAR TURUT MERASAI PENCARIAN YANG SAMA SEPERTI NABI-NABI ITU, OLEH ITU DIA INGIN BERKONGSI BERSAMA ORANG LAIN LALU MEMAPARKANNYA DALAM BENTUK DRAMA SINGKAT IAITU KURSUS INI:-
• KENYATAAN BAHAWA NABI MUHAMMAD, NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA MENEMUI KEBENARAN ATAU KESEDARAN ROHANI MELALUI PENCARIAN/USAHA SENDIRI ADALAH BATIL.
• INI KERANA NABI-NABI TERSEBUT MENERIMA KEBENARAN DENGAN WAHYU ALLAH SWT DAN BUKAN DENGAN PENCARIAN DAN PENGALAMAN.
• إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِين
ULASAN
NABI MUHAMMAD PERGI KE GUA HIRA MELALUI WAHYU DARIPADA ALLAH SWT. IA JELAS DALAM HADITH YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA ‘AISYAH R.A. : “MULA-MULA WAHYU ALLAH SWT DITURUNKAN KEPADA RASULULLAH SAW IALAH DALAM BENTUK MIMPI-MIMPI YANG KEBENARANNYA SETERANG CAHAYA SIANG HARI, LALU KECINTAAN BER-KHALWAT (MENGASINGKAN DIRI) DILIMPAHKAN ALLAH SWT KEPADANYA…
NABI IBRAHIM PULA BUKAN MENCARI DAN MENEMUI KEBENARAN DI SEBALIK BULAN & BINTANG. SEBALIKNYA PERISTIWA ITU BERLAKU SETELAH NABI IBRAHIM TELAH PUN DIUTUS MENJADI NABI DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH. PERISTIWA ITU HANYA SEBAGAI HUJJAH UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN ALLAH SWT KEPADA KAUMNYA SEBAGAIMANA YANG DIJAWAB OLEH IMAM FAKHRUDDIN AL-RAZI
• MANAKALA PEMERGIAN NABI MUSA KE THUR SAINA’ BUKANLAH UNTUK PENCARIAN ATAS DIRI SENDIRI TETAPI IA MERUPAKAN JANJI ALLAH SWT KEPADA NABI MUSA UNTUK MENERIMA RISALAH ALLAH (TAURAT). SEDANGKAN KETIKA ITU NABI MUSA TELAH PUN MENJADI RASUL.
• PERBUATAN PENGASAS ESQ MENGIASKAN DIRINYA DENGAN PARA NABI DALAM PENCARIAN SPIRITUAL ADALAH SESUATU YANG SALAH KERANA PARA NABI ADALAH GOLONGAN YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT SECARA KHUSUS SEBAGAI UTUSANNYA.
No comments:
Post a Comment